Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa Akta Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2019 pada 9-7-2019
Video here:
Video here:
Saya turut ingin menyertai perbahasan terhadap pindaan Akta Perlindungan Pengguna 1999. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tinjau sejarah legislatif ataupun legislative history tentang Akta Perlindungan Pengguna yang telah digazet pada tahun 1999 dan telah mengalami pindaan empat kali iaitu pada tahun 2003, tahun 2007, tahun 2011 dan tahun 2017. Dalam mukadimah Akta Perlindungan Pengguna telah dinyatakan termaktub satu akta untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan pengguna, penubuhan Majlis Penasihat Pengguna Negara dan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia dan bagi pihak- pihak berkaitan dengannya.
Tuan Yang di-Pertua, objektif penubuhan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia seperti saya sebutkan tadi adalah untuk memberi perlindungan kepada pengguna, cara mudah dan tidak mahal untuk pengguna menyelesaikan ataupun membuat tuntutan terhadap tuntutannya. Seperti yang dinyatakan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, cadangan yang dipinda berkenaan dengan seksyen 98(1), award Tribunal pengguna diminta tidak melebihi RM25,000 dan daripada menjadi RM50,000
Ini membolehkan pengguna-pengguna boleh memfailkan tuntutan berkenaan dengan barangan dan juga perkhidmatan baginya yang sebelum ini yang tidak ada mekanisme tebus rugi yang diperuntukkan di bawah undang-undang lain.
Tuan Yang di-Pertua, jika kita meneliti seksyen ini, seksyen 98(1) ini, terdapat pindaan terdahulu iaitu akta pindaan 2003 yang dahulunya pada 20 tahun lalu, 1999, telah dinyatakan bahawa ialah RM10,000 ‒ pada tahun 2003, dinaikkan kepada RM25,000 dan sekarang kepada RM50,000 dan kali kedua dalam pindaan amaun terhadap subject matter ini.
Saya juga mengambil maklum terhadap pindaan seksyen 100, peluasan bidang kuasa melalui perjanjian, pindaan seksyen 101, penangguhan untuk membawa tuntutan ke dalam bidang kuasa, seksyen 117 penalti jenayah kerana gagal untuk patuhi award Tribunal, dinaikkan RM5,000 kepada RM 10,000. Tambahan penalti kepada penalti tidak melebihi RM2,000 tiap-tiap hari. Saya setuju dengan pindaan ini.
Teras pindaan meluaskan dan juga menambah bidang kuasa Tribunal.
Kedua, meningkatkan hukuman ke atas ketidakpatuhan award yang sering kali kita terima aduan bahawa bidang kuasa ini perlu dinaikkan dan juga hukuman perlu dinaikkan. Selain daripada Tribunal pengguna, kita ada beberapa avenue lagi seperti Small Claims Court seperti Financial Mediation Bureau, seperti Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah, seperti MAVCOM dan sebagainya. Apa-apa yang tidak tercakup di bawah undang-undang bertulis lain, semuanya akan jatuh kepada Akta Perlindungan Pengguna ini.
Mengikut analisa saya, bahawa perlindungan pengguna sebenarnya belum lagi diberikan perhatian sepenuhnya dalam Akta Perlindungan Pengguna. Saya ingin mencadangkan supaya kita meneliti di sebalik undang-undang lain daripada negara lain. Antara contohnya ialah Unfair Contract Terms Act (UCTA) di United Kingdom. Kalau di United Kingdom terdapat Unfair Contract Terms, satu legislative spesifik berkenaan dengan terma-terma tidak adil seperti yang dalam perundangan United Kingdom.
Terma dalam kontrak pengguna dengan ambil kira semua hal keadaan menyebabkan ketidakseimbangan yang signifikan dalam hak dan tanggungjawab pihak- pihak di bawah kontrak sehingga merugikan pengguna. Terma tidak adil ini, kalau di United Kingdom ada specific legislation, undang-undang khas untuk menangani terma- terma tidak adil ini. Ia terdapat satu senarai yang panjang, 20 keadaan pada undang- undang England terhadap penerangan dan contoh apa itu Unfair Contract Terms, apa itu terma-terma kontrak yang tidak adil.
Akan tetapi, dengan undang-undang kita, melalui pindaan terdahulu, kalau tidak silap saya ialah pindaan di bawah Bahagian IIIA yang telah dimasukkan satu chapter terhadap terma-terma tidak adil. Akan tetapi, pada pandangan saya, ini masih tidak mencukupi kalau dibandingkan dengan undang-undang United Kingdom. Undang-undang di Bahagian IIIA di bawah Unfair Contract Term, terma-terma tidak adil di Malaysia masih kabur. Timbul kekaburan dari segi provision Bahagian IIIA di Malaysia dan sehinggakan ada laporan kes-kes mahkamah seperti saya quote satu kes mahkamah di High Court of Malaya.
Tuan Speaker,
Satu kes baru-baru ini terhadap Fairview International School lawan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia dan keputusan telah memihak kepada responden dan – walaupun Tribunal Tuntutan Pengguna telah memihak kepada pengguna, akan tetapi apabila rayuan ataupun semakan kehakiman terhadap Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia ini memihak kepada sekolah ataupun responden berkenaan. Jikalau kita kaji keputusan kehakiman Fairview International School dan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia tersebut ada didapati bahawa – walaupun perkara yang telah – yang dalam perbincangan mahkamah ataupun adjudication mahkamah, ujian kemunasabahan ataupun reasonable test tidak dijalankan. Tidak seperti di negara England, reasonable test telah digunakan untuk meneliti terhadap kes-kes perbicaraan dan sebagainya di Mahkamah.
Maka dia telah memberikan satu perlindungan yang lebih menyeluruh dalam perundangan United Kingdom seperti – kalau perundangan negara United Kingdom bahagian – Part I Schedule 2 Bahagian Kesebelas kalau – dengan izin dalam bahasa Inggeris “Term which has the object of effect enabling the trader to alter the terms of the contract unilaterally without a valid reason which is specified in the contract.” Jikalau di perundangan UK satu terma undang-undang yang membolehkan peniaga untuk mengubah terma kontrak secara unilateral, secara satu pihak tanpa alasan yang munasabah adalah satu terma tidak adil. Peniaga-peniaga tidak boleh membuat pengubahan dalam kontrak ini tanpa alasan yang munasabah dan perkara ini termaktub dalam Unfair Contract Terms, United Kingdom.
Di Malaysia kita membenarkan perundangan ini Perundangan Perlindungan Pengguna ini tidak mencukupi, masih membenarkan peniaga-peniaga boleh mengubah terma-terma kontrak dalam kontrak secara satu pihak. Oleh itu saya rasa bahawa kita perlu melihat kepada model-model perundangan penggunaan di United Kingdom dan juga negara lain seperti Yang Berhormat Johor Baharu sebut Singapura lihat kepada perundangan sebegini untuk penambahbaikan untuk memberi kekuatan lagi untuk memihak kepada tuntutan-tuntutan pengguna. Terma Kontrak Tidak Munasabah di Malaysia ia tidak effective. Ia tidak – ujian kemunasabahan tidak terpakai. Oleh itu saya membuat cadangan kepada kementerian supaya lihat semula aspek Bahagian IIIA Akta Perlindungan Pengguna.
Tuan Speaker,
Tentang issue syarikat Grab. Saya rasa ini memang satu Unfair Contract Terms kerana kalau satu pihak telah dianiaya, perlu ada perundangan yang diubah, dipinda supaya memberikan keadilan bukan sahaja kepada pengguna dalam segi employment contract kerana antara Grab driver dan juga syarikat Grab ia lebih terlingkup dalam employment contract. Akan tetapi sebagai pengguna juga dasar-dasar.
Saya baru terima satu jawapan daripada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan menjawab soalan saya berkenaan Grab bahawa tempoh moratorium 12 Julai 2019 untuk memberi masa adalah tidak akan dilanjutkan. Tidak berhasrat melanjutkan tempoh moratorium yang telah ditetapkan tersebut. Maksudnya selepas 12 Julai 2019 didapati bahawa Grab driver yang gagal mempunyai lesen PSV ini barangkali terdedah kepada penguatkuasaan dan ia juga akan memberikan impak kepada pengguna-pengguna jalan raya, pengguna-pengguna Grab. Ini kerana apabila kurangnya Grab driver maka harga tumpang akan naik.
Tuan Speaker,
Saya rasa bukan sahaja Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia perlu lihat kepada aspek ini kerana Kementerian Pengangkutan ialah kawal selia lesen tetapi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia
perlu lihat bagaimana untuk mengadakan peruntukan undang-undang ataupun peraturan untuk melindungi pengguna. Saya rasa dari segi kepenggunaan ini perlu lebih banyak reform lagi terhadap perundangan dan juga perkara-perkara – kalau di England terdapat sekurang-kurangnya tiga Unfair Conctract Term Act 1977. UK Consumer Protection Act 1977, Consumer Rights Act 2015. Sekurang-kurangnya ada tiga perundangan khas khusus untuk melindungi pengguna.
perlu lihat bagaimana untuk mengadakan peruntukan undang-undang ataupun peraturan untuk melindungi pengguna. Saya rasa dari segi kepenggunaan ini perlu lebih banyak reform lagi terhadap perundangan dan juga perkara-perkara – kalau di England terdapat sekurang-kurangnya tiga Unfair Conctract Term Act 1977. UK Consumer Protection Act 1977, Consumer Rights Act 2015. Sekurang-kurangnya ada tiga perundangan khas khusus untuk melindungi pengguna.
Kita harap dengan pindaan ini bukan sahaja meluaskan pelbagai bidang kuasa dan juga hukuman – reform perlu juga dilakukan di dalam perundangan untuk memihak ataupun memberikan perlindungan tambahan kepada pengguna supaya pengguna ini boleh mengetahui hak mereka, boleh mengemukakan hak mereka untuk mempertahankan hak mereka. Ini kerana pengguna biasanya apabila dalam keadaan urus niaga yang tidak adil, terma yang tidak adil, pengguna akhirnya menjadi mangsa. Oleh itu kita menaruh harapan yang tinggi kepada Tribunal Pengguna dan juga kepada perundangan pengguna yang diluluskan di Parlimen. Dengan ini saya mohon menyokong rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment